Followers
Wednesday, January 26, 2011
Apam Gula Melaka
Terima kasih Che' Iza kerana apam ini sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga..
( resipi olih Che' Iza MYR )
1 cawan air *
1/2 cawan gula melaka / merah *
1 helai daun pandan *
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil mauripan
3/4 cawan air
secubit garam
Masak bahan2 bertanda * sehingga larut dan sejukkan.
Satukan kesemua bahan2 dan kacau sehingga sebati.
Sapu acuan berukuran 20 cm dengan sedikit minyak dan tuang adunan kedalamnya.
Perap adunan selama 1/2 jam.
Panaskan kukusan dan kukus apam selama 20 - 25 minit.
Angkat kuih dengan penutup kukusan kebawah.
Baru buka penutupnya dan sejukkan..
Sedap di cicah dengan kelapa parut putih + sedikit garam.
Labels:
apam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment