Followers
Thursday, January 6, 2011
Kari Ikan Dengan Ubi Kemili ( keling )
4 ekor ikan kembung
5 cawan santan
2 paket rempah kari ikan ADABI
3 pelepah daun kari
1 sudu besar halba campur
( campuran halba,jintan putih, biji sawi dan lain2 )
3 ulas bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
1 " halia *
2 sudu kecil garam ( sudu KFC )
2 sudu teh gula pasir
sedikit aji ( jika suka )
1/2 kilo ubi kemili ( ubi keling )
1 kuib pati ayam knorr
1/2 cawan minyak masak ( untuk menumis )
5 keping asam gelugur ( ikut kemasaman di kehendaki )
Ikan di siang dan di potong dua serta di bersihkan.
Ubi kemili di kupas kulitnya.
Bahan2 bertanda * di mayang.
Rempah kari + daun kari + halba campur serta secawan air di gaul dalam mangkuk kecil.
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang telah di mayang sehingga wangi.
Kemudian masukkan rempah kari, kacau sekali - sekala sehingga pecah minyak.
Masukkan santan dan ubi kemili serta bahan2 perasa.Kacau sekali - sekala sehingga ubi kemili empuk.
Masukkan ikan dan biarkan sehingga ikan masak dengan api yang kecil.
Labels:
kari
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment