Puding Buah Prune
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 2 paket agar ( 60 gm )
- 1 tin susu cair
- 8 cawan air ( 1500 ml )
- 4 biji telor
- 1 paket prune tanpa biji ( 227 gm - 8 oz )
- 1 1/2 cawan gula
Cara-cara
- Agar-agar di masak dengan 8 cawan air sehingga hancur.
- Kemudian tapis agar-agar kedalam periok lain.
- Masukan gula kedalam agar2 tadi dan dipanaskan semula sehingga gula larut.
- Blend susu cair, telor dan buah prune sehingga hancur. Kalau nak ada rasa buah prune tu, tak payah terlalu hancur..
- Tuang adunan tersebut kedalam periok agar2 tadi.
- Masak lagi sehingga mendidih dengan senantiasa mengacau pelahan-lahan..
- Bila dah mendidih, tutup api. Tuang adunan kedalam acuan..sejukkan..
mamajay...puding apa tu...xde tajuknyalah..
ReplyDeleteahah..tak perasan pulak..pudin ni tak ada nama..terima kasih kerana perihatin..
ReplyDelete