Followers

Thursday, March 10, 2011

Biskut Mentega Kacang

Bahan-bahan ( Hampir 100 biji )

  • 250 gm mentega
  • 2 biji kuning telor
  • 1 cawan gula halus
  • 2 cawan mentega kacang
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung kastad
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Kismis secukupnya untuk inti

Cara-cara

  1. Pukul mentega bersama gula halus sehingga sebati.
  2. Masukkan pula kuning telor, esen vanila dan mentega kacang dan pukul lagi sehingga rata.
  3. Masukkan pula tepung kastad dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh. Jika adunan masih melekat di tangan, masukkan sedikit lagi tepung gandum.
  4. Sdc12557
    Sapu acuan dengan mentega, masukkan kismis dan isi sedikit adunan dan tekan sedikit. Buat sehingga habis.
  5. Bakar pada suhu oven 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..adunan nampak sudah renggang dari acuan..


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails