Followers
Monday, April 25, 2011
Lepat Pisang Segera
Dalam dok pikir2 apa nak masak tuk minum petang..nampak pisang..asyik2 cekodok jek..buat lepat lah pulak..papa mesti suka..
5 biji pisang berangan
2 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula merah
1 sudu besar gula pasir
1 kotak santan cap ayam ( 1 cawan )
1 cawan air
2 pelepah sedang daun pisang
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Daun pisang di layur atas api supaya lembut sedikit.
( mama iron je..alas kain ngan surat khabar )
Potong anggaran 6 x 8 in.
Pisang di lecek jangan terlalu halus. Biar ada nampak ketulan kecil pisang.
Satukan kesemua bahan2 dan kacau sehingga sebati.
Ambil sedikit adunan masukkan kedalam daun pisang.
Lipat kiri kanan, atas serta bawah. Susun dalam rak kukusan.
Kukus selama 20 - 30 minit. Siap..
Labels:
lepat / pisang
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment