Followers

Saturday, April 9, 2011

Kuih Lompat Tikam


ADUNAN HIJAU

1 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
5 helai daun pandan
4 cawan air
sedikit pewarna hijau
1/2 sudu kecil air kapur makan
Kisar daun pandan bersama 4 cawan air kemudian di tapis.
Satukan tepung beras, air pandan, kapur dan perwarna di dalam kuali'
Kacau sehingga pekat kemudian masukkan kedalam acuan.

ADUNAN PUTIH

1 cawan tepung beras ( cap bunga teratai )
4 1/2 cawan santan ( 1 biji kelapa )
1 1/2 sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan2 kedalam kuali dan kacau sehingga pekat.
Tuang adunan ke atas adunan hijau tadi. Sejukkan.

KUAH

1/2 kg gula merah
3 cawan air
1 cawan gula pasir ( ikut kemanisan sendiri )
Masak kesemua bahan2 sehingga mendidih dan gula larut.
Tapis dan sedia untuk di gunakan.
Potong sedikit adunan tadi isi dalam mangkuk dan tuang sedikit kuahnya.
Sedia untuk di nikmati..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails