Followers

Thursday, January 26, 2012

Ketam Masak Percik



3 ekor ketam ( anggaran 1 kg )
3 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
5 ulas bawang kecil *
3 ulas bawang putih *
3 batang serai ( dititik )
3 helai daun limau purut
1 '' halia *
1 '' kunyit hidup *
5 biji lada kering * ( ikut kepedasan sendiri )
3 keping asam keping ( ikut kemasaman sendiri )
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula pasir
Ketam di siang dan di kerat dua. Sepit dan jarinya di ketuk ( supaya senang waktu nak makan )
Bersihkan dan di toskan.
Kisar bahan2 bertanda * sehingga halus.
Masukkan kesemua bahan2 kecuali ketam dan daun limau purut ke dalam kuali.
Masak dengan api sederhana sehingga mendidih.
Masukkan ketam serta daun limau purut dan masak sehingga pekat yang di kehendaki.
Rasa dan tutup api.

2 comments:

  1. kecoooooooooorrrrrrrrrrrrr.............

    ReplyDelete
  2. meh datang sini..ketam besar2 dan murah je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails