Followers

Monday, July 18, 2011

Ayam Masak Merah



1/2 ekor ayam ( potong ikut suka )
2 " halia*
2 " kunyit hidup *atau ( 1 sudu kecil kunyit serbok )
1 sudu kecil garam
3 ulas bawang putih*

Tumbuk bahan2 bertanda * + garam dan di gaul pada ayam.
Perap sebentar dan goreng sehingga keperangan.
Jangan terlalu garing kerana ayam akan keras nanti.

3 sudu besar bawang kisar ( campuran bawang besar, bawang putih dan halia )
1 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
3 sudu besar tomato puri
1 sudu kecil garam
2 sudu besar gula pasir
1 cawan air
3 helai daun limau purut ( jika suka )
1/2 cawan minyak masak

Panaskan minyak masak dan tumis bawang kisar + cili boh dan tomato puri.
Kacau sehingga pecah minyak. Masukkan air, garam serta gula dan kacau lagi sehingga separuh pekat. Masukkan ayam dan kacau sehingga kepekatan yang di kehendaki.
Masukkan daun limau purut, kacau balik sebentar dan tutup api.

4 comments:

  1. nampak mcm sedap yerr...esk sy akn terus cuba dan komen ya...tp mesti sedap punya kalau resepi mama..

    ReplyDelete
  2. kalau kena dengan selera kamu memang le sedap jadinya..yang ni pun licin di makan olih dua anak perempuan mama..

    ReplyDelete
  3. mama!tenkiu ya...memang sedap la ayam pedas ni ( org kelantan pngil)...besh!abis berebut2 mkn..he he...

    oo..anak mama pon suka ayam ni ya...sy pon single ag ni..he he...tenkiu 4 da recipe..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah..kalau begitu kena banyakkan ilmu du dapur juga ya..mudah2an resipi mama dapat membantu kamu..Insya'allah..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails