Followers

Monday, October 17, 2011

Sambal Tumis Belacan


Lama benar rasanya tekak ni nak makan sambal nih..kebetulan hari ni ada lebihan kelapa parut maka jadi lah sambal ini..

2 1/2 cawan santan ( 1/2 biji kelapa )
3 sudu besar bawang ( campuran b/besar + b/putih dan halia )
1 sudu kecil garam
4 sudu kecil gula
1 sudu besar cili kering ( siap di kisar - ikut kepedasan )
1 keping asam keping
3 batang serai ( di titik )
2" belacan ( nak lagi power tambah sikit lagi..)

Satukan kesemua bahan2 kedalam kuali.
Masak sambil senantiasa di kacau.
Sehingga pecah minyak atau sehingga kepekatan yang di kehendaki.
Kalau nak makan dengan nasi kerabu, tak perlu terlalu pekat sambalnya.

1 comment:

  1. Salam perkenalan mama, sy anie....sy follow blog mama ya...smg terjalin ikatan ukhuwah antara kita...singgah la blog saya..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails