Followers
Wednesday, October 12, 2011
Puding Roti Karamel
Puding yang menjadi kegemaran anak bujang mama..lantas mama ajarkan biar dia buat sendiri..sedap resipi dari HaSue ni..terima kasih bebanyak..
Bahan A
3 sudu besar gula
2 sudu besar air panas
Bahan B
3 biji telur ( di kocok2 manja dan di tapis )
4 keping roti
1 cawan susu cair
1 cawan air suam
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
Bila air dah mendidih tutup api sebentar bagi menyiapkan bahan2 puding.
Panaskan kuali dan hanguskan 3 sudu besar gula sehingga sedikit berbuih.
Kemudian masukkan 2 sudu besar air panas dan kacau rata.
Terus tuang kedalam loyang berukuran 20 cm.
Masukkan loyang kedalam kukusan.
Sementara itu masukkan kesemua bahan B kedalam pengisar dan kisar sehingga sebati.
Tuang terus kedalam loyang karamel tadi.
Kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
Sejukkan sebentar kemudian terbalikan puding tersebut.
Bahagian karamel berada di bahagian atas.
Simpan dalam peti sejuk. Makan suam2 pun sedap..
Labels:
Puding
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment