Followers

Monday, January 31, 2011

Kek Gula Hangus


Untuk Gula Hangus



2 1/2 cawan gula pasir

3 cawan air



Panaskan gula di dalam kuali. Sentiasa mengacau supaya tidak hangus.

Kacau sehingga berbuih kemudian masukkan air perlahan-lahan sehingga habis. Sejukkan..

Semasa menuang air ke atas gula, berhati2 kerana air gula panas akan mercik ke arah anda..



2 1/2 cawan tepung gandum

1 sudu makan soda bicabanate

7 biji telur

1 cawan susu pekat manis

1/2 cawan minyak masak



Di dalam mangkuk sederhana besar, satukan telur, minyak dan susu pekat manis. Kacau sehingga sebati menggunakan pemukul tangan. TAK PERLU PEMUKUL LETRIK. Masukkan sedikit air gula hangus berselang seli dengan tepung gandum yang telah di ayak bersama soda bicabanate. Buat sehingga habis. Panaskan oven pada suhu 180'C. Masukkan adunan kedalam loyang berukuran 24cm. Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak..

Jemput-Jemput Pisang


3 biji pisang berangan ( besar )
1 cawan tepung gandum
1 1/2 sudu makan gula
1/4 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air
Minyak secukupnya untuk mengoreng

Pisang dilecek separuh lumat di dalam mangkuk. Kemudian masukkan semua bahan2. Gaul sehingga sebati.
Panaskan minyak didalam kuali. Jemput2kan adunan ke dalam minyak yang telah panas tadi. Goreng sehingga masak..

Lempeng Pisang



Lempeng Pisang
( myResepi : mamaJay)

5 biji pisang berangan ( lebihkan pisang, lagi sedap )
2 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil baking powder ( sudu KFC )
3 sudu makan gula
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan air
1 biji telur

Pisang di lecek separuh lumat..masih nampak sedikit ketulan kecil pisang2 tu..
Masukkan semua bahan2 kedalam mangkuk pisang tadi.
Gaul sehingga sebati. Panaskan kuali..lenser sedikit minyak sekadar membasahkan kuali.
Sedukkan adunan mengikut besar lempeng yang di kehendaki.
Balik2kan lempeng tersebut sehingga masak. Siap di makan begitu saja atau bersama madu lebah.

Ikan Percik Mudah


5 ekor ikan kembung
4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
*5 ulas bawang kecil
*3 ulas bawang putih
*5 biji lada kering ( ikut kepedasan )
3 keping asam keping
3 batang serai ( dititik )
*1 " halia
*1" kunyit hidup
2 sudu kecil garam
1 1/2 sudu makan gula dan sedikit ajinomoto

UTK PERAP IKAN

2 " halia
2" kunyit hidup
2 sudu kecil garam dan sedikit aji ( jika suka )

Tumbuk bahan untuk perap pada ikan. Kemudian gaul pada ikan yang telah di bersihkan.
Bakar ikan sehingga masak.

Bahan2 bertanda * di tumbuk sehingga lumat..guna cara tradisional..
Masukkan bahan2 yang di tumbuk tadi bersama santan serta bahan perasa ke dalam kuali dan masak sehingga pekat.
Setelah pekat masukkan ikan bakar tadi, gaul rata dan angkat..siap

Biskut Almond London





250 gm butter

2 1/2 cawan tepung gandum

1/2 cawan nestum di kisar

1 cawan tepung jagung

1 cawan gula aising

1 biji kuning telur

coklat masakkan, badam biji di panggang dan badam cincang secukupnya.



Pukul butter + gula sehingga sebati kemudian masukkan kuning telur dan pukul lagi. Masukkan semua bahan dan uli sehingga menjadi doh yang lembut. Ambil sedikit doh, masukkan sebiji badam dan bentukkan bujur atau bulat dan isi dalam loyang dan bakar.

Suhu 180' C selama 15 - 20 minit. Sejukkan.



Panaskan coklat masakkan secara double boiler..celupkan biskut, isi dalam papercup kemudian tabur sedikit badam cincang dan sejukkan

Beehon Sup Simple

1/2 paket beehoon ( di celur/rebus sehingga lembut dan ketepikan )
5 ulas bawang putih
3 ulas bawang kecil
1 sudu besar ikan bilis serbuk ( ikan bilis di kisar )
1 kuib ikan bilis knorr
sedikit rempah tumis ( kulit kayu anis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga )
1500 ml air
2 1/2 sudu kecil garam ( sudu KFC )
sedikit ajinomoto
1 batang serai di titik
1/4 cawan minyak untuk menumis 1 pokok sawi dan sedikit brokoli
1 paket bebola ikan
Hiasan tabahan taugeh, daun sup/bawang dan bawang goreng
Cili potong + kicap ( jika suka )

Tumbuk bawang putih dan bawang kecil sehingga lumat ( sesekali guna le lesung batu tu..)
Panaskan minyak dan masukkan serai dan rempah tumis dan juga
bahan2 yang di tumbuk tadi sehingga naik baunya..
Masukkan air, garam, aji dan kiub ayam knorr.
Masukkan sayur2an dan bebola ikan. Biarkan mendidih. Tutup api dan siap.
Isi sedikit beehoon yang sudah di celur tadi kedalam mangkuk, tuang kuah sup dan hias dengan bahan2 hiasan..siap untuk di makan..

Bingka Gandum / Kuih Bakar


3 1/2 cawan tepung gandum
5 cawan santan
1 1/2 cawan gula pasir
1 sudu besar planta
3 biji telur
1/2 tin jagung / 1 cawan labu / biarkan plain aje + 1 sudu kecil esen hijau

Buat pilihan sama ada plain, perasa jagung atau perasa labu.
Blend semua bahan sehingga sebati.
Sapu loyang dengan minyak dan tuang adunan tadi.
Panaskan oven 180'C.
Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga masak..
Kalau menggunakkan api atas bawah masak selama 1 jam..

Bingka Ubi Kayu

4 cawan ubi kayu ( diparut dan di buang airnya )

1 cawan gula

2 sudu besar planta

3 biji telur

1 1/2 cawan santan

2 sudu besar pati santan

1/2 cawan air gula merah ( diambil dari 1/2 kg gula merah di masak dgn 2 cawan air )



Pukul planta + gula sehingga sebati

Masukkan telur dan pukul lagi

Masukkan ubi kayu, air gula merah dan santan.

Sapu acuan dengan minyak

Panaskan oven pada suhu 180'C

Bakar selama 30 minit, keluarkan sekejap dan sapu pati santan di permukaannya

Bakar semula selama 30 minit dengan menggunakan api atas bawah.

Bronok / Kuih Sagu



1 gelas sagu biji kecil
3 gelas air
3/4 gelas gula
1 sudu kecil esen rose
1/2 biji kelapa
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil perwarna merah

Panaskan air + perwarna merah sehingga mendidih
Masukkan sagu, kacau sehingga pekat
Kemudian masukkan gula
Kacau lagi sehingga pekat.
Masukkan kedalam loyang dan kukus selama 20 minit.
Sejukkan dan potong, kemudian gaul bersama kelapa + garam

Rilek jap..cuci-cuci mata..


Dan ini hobi yang paling mama minati..mengait..bermacam2 paten telah mama simpan..dan ini sebahagian yang telah mama siapkan..
Masa mama kawin dulu..mama siapkan cadar, alas meja makan dan alas dulang hantaran..ada mama simpan sampai kini..menjahit bolih le sikit2 setakat baju kurung tu tapi dah lama hantar kat kedai jek..la ni nampaknya kena buka semula mesin jahit tu sebab harga tempahan mak aiii..dah melambung harganya..

Novel

Sebahagian dari koleksi novel2 mama..yang lain2 dok dalam kotak2 A 4..


Selain dari memasak..masa lapang mama juga terisi dengan bermacam2 hobi..mama suka membaca novel..kalau membaca tu suka dok sorang2..tangkap feeling..dan mama sangat sayang pada semua jenis buku2 atau majalah yang mama ada..bolih di jual semula..macam baru beli...mama tak akan kasi kawan2 pinjam kalau mama tahu mereka tak menghargai buku dan tak tahu nak menilai harga buku2 tersebut..masa ambil buku kita cantik je..dan bila balik semula buku tu dah lunyai..sedih tau..jadi lebih baik mama masukkan kedalam kotak A 4 dan simpan..

Wednesday, January 26, 2011

Tiwul Ayu



ambik sedikit inti kelapa dan di tekan2 sehingga kemas kedalam acuan yang telah di sapu dengan sedikit minyak.
<susun acuan kedalam kukusan
">

dah siap, tuang satu sudu besar adunan kedalam acuan

* 3 biji telor
* 200 gm gula melaka di hiris / 1 cawan gula merah
* 1 sudu teh ovelette
* 300 gm tepong gandum / 2 1/2 cawan
* 50 gm gula caster / 1/2 cawan
* 140 gm susu segar / 1 cawan
* Inti Kelapa
* 1/2 biji kelapa parut putih
* 1 sudu teh tepong ubi
* 1 sudu teh garam

Cara-cara

1. Putar telor + gula melaka + gula caster + ovelette sehingga betul2 kembang.
2. Masukan tepong berselangseli dengan susu segar, putar sehingga sebati.
3. Inti kelapa - satukan semua, gaul rata.
4. Sapu acuan dengan minyak, isi inti kelapa, tekan sehingga kemas. Tuang adunan, kukus selama 5 minit.

Acar Buah2an


160 gm jeruk plum tanpa biji *

170 gm jeruk plum madu *

200 gm jeruk boi strawberri *

90 gm jeruklpow tow *

200 gm buah pala kering

220 gm jeruk halia merah

300 gm jeruk buah salak ( hiris nipis )

200 gm buah2an campuran

200 gm kismis kuning / hitam

3 biji bawang besar ( kisar halus )

10 biji bawang merah ( kisar halus )

5 ulas bawang putih ( kisar halus )

2 " halia ( kisar halus )

1/2 cawan minyak masak

1 cawan air jeruk salak / air

1/2 cawan gula pasir

1 keping gula kerek

3 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )

1 1/2 sudu kecil garam

1 cawan cuka



Jeruk2 yang bertanda * adalah jenama Miaw-Miaw.

Mana jeruk yang besar2 tu bolih lah di hiris kecil2.

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yang telah di kisar berserta cili boh sehingga pecah minyak.

Masukkan gula, gula kerek. air, garam dan cuka.

Masak lagi sehingga pecah minyak sekali lagi.

Masukkan kesemua jeruk2 dan masak sehingga pekat.

Sejukkan. Dapat dalam 7 bekas taufu fa.

( Jeruk buah2an tu bolih di bubuh mengikut kesukaan masing2 )

Apam Gula Melaka


Terima kasih Che' Iza kerana apam ini sedap dan kena dengan selera kami sekeluarga..

( resipi olih Che' Iza MYR )



1 cawan air *

1/2 cawan gula melaka / merah *

1 helai daun pandan *

2 cawan tepung gandum

1 sudu kecil mauripan

3/4 cawan air

secubit garam



Masak bahan2 bertanda * sehingga larut dan sejukkan.

Satukan kesemua bahan2 dan kacau sehingga sebati.
Sapu acuan berukuran 20 cm dengan sedikit minyak dan tuang adunan kedalamnya.
Perap adunan selama 1/2 jam.
Panaskan kukusan dan kukus apam selama 20 - 25 minit.
Angkat kuih dengan penutup kukusan kebawah.
Baru buka penutupnya dan sejukkan..
Sedap di cicah dengan kelapa parut putih + sedikit garam.

Tuesday, January 25, 2011

Jus Tokamon ( tomato+karet+timun )


1 biji tomato
1/4 biji timun
1/4 biji karet
1 cawan air

Kisar kesemua bahan2 sehingga sebati.
Sedia untuk di minum...tak perlu tambah gula.
Nikmati kesegaran rasa buah yang asli..
Mata segar dan badan pun bugar..

Sunday, January 23, 2011

Masak Lemak Taugeh


50 sen taugeh ( di buang ekornya )
10 sen daun kucai ( di potong 1' Panjang )
2 keping tauhu ( di belah 4 )
1 biji cili merah ( di potong 2 jgn putus )
4 cawan santan ( 1 biji kelapa )
1 1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan ikan bilis 3 ulas bawang merah
sedikit ajinomoto ( hujung2 sudu jek )

Tumbuk iakn bilis bersama bawang merah sehingga lumat.
Masukkan kedalam periuk bersama2 santan dan masak sehingga mendidih debgab api sederhana besar.
Jangan lupa mangacaunya sekalai- sekala. Kalau tak santan tu nanti tak cantik dan pecah minyak.
Setelah mendidih masukkan tauhu, taugeh dan daun kucai.
Masak lagi sehingga mendidih semula. Jangan sampai taugeh tu terlalu layu. Tutup api.

Saturday, January 22, 2011

Apam Marmar


masukkan kedalam acuan berselangseli warna kemudian ambil chopskstick dan buat dua pusingan jam dalam adunan tersebut.


Dah lama nak mencuba resipi apam marmar dari Cik Mat Gebu kita nih...memang berbaloi..punya lah lembut apamnya..tapi disini mama ubah suai sikit sukatanya dan kurangkan gula..

2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan santan ( mama guna susu segar )
3/4 cawan gula caster
2 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu besar ovellet
pewarna ( ikut kesukaan )


Panaskan kukusan.
Asingkan kuning telur dan putihnya. Tapis putih telur dan buang bahagian yang pekat dalam tapisan. Bagi menghilangkan bau hanyirnya.
Satukan kesemua bahan2 kecuali pewarna ke dalam mangkuk.
Menggunakan mixer dengan kelajuan tinggi satukan kesemua bahan2 dan putar sehingga sebati. Asingkan kepada 3 bahagian dan warnakan.
Sudukan kedalam loyang berukuran 22 cm berselang seli.
Dengan menggunakan chopstick buat putaran dua pusingan jam. Tutup acuan dengan aluminium foil.
Kukus selama 45 minit.

Thursday, January 20, 2011

Asam Pedas Rebus Batang Keladi


Rasanya mama belum pernah masak batang keladi nih...bila tengok sayur ni segar bugar kat pasar..teringin pulak nak mencubanya..pun di atas permintaan seorang teman mama yang ingin kan resipi ini...mari kita cuba..

1 paket batang keladi
1 keping asam keping
1 sudu kecil garam

Ketiga2 bahan2 ni hendaklah di rebus separuh masak.
Kemudian tapis dan buang airnya.
Bertujuan untuk membuang air gatal dari batang keladi tersebut.

5 biji bawang merah *
3 ulas bawang putih *
1/2 cawan ikan bilis *
4 cawan air
2 sudu kecil garam
2 sudu kecil gula
3 keping asam keping
5 tangkai daun kesum

Tumbuk bahan2 bertanda kemudian satukan kesemua bahan2 kedalam periuk.
Masukkan batang keladi tadi dan rebuslah sehingga empuk.
Siap untuk di hidangkan.

Sunday, January 9, 2011

Mee Maggie

Sesekali pekena mee maggie sedap jugak..dah dok berdua je ngan papa kekadang tak ada selera juga..meh kita layannnn..

2 paket mee maggie (perisa pilih sendiri lah )
3 1/2 cawan air
2 biji telur
3 ulas bawang putih
1 ulas bawang merah
2 sudu makan minyak masak
sayuran pilihan ( mama masukkan kacang botol )

Tumbuk kedua jenis bawang. Panaskan minyak dan tumis bawang tadi sehingga wangi.
Masukkan air dan biarkan mendidih. Masukkan perencah maggie pilihan.
Pecahkan kedua2 biji telur dan biarkan masak sebentar.
Masukkan mee maggie. Biarkan 2 minit. Tutup api. Hidangkan.

Thursday, January 6, 2011

Biskut Arab

Biskut yang menjadi kegemaran anak dara kedua mama..kalau mama tak buat maka dengan gaya selambanya dia akan mengambil sebalang biskut tu kat umah Tok Tehnya..Tok Tehnya dan arwah Tok Tamnya akan berkata memang dibuat untuk kamu le tu..hehehe


3 cawan tepung gandum
1 cawan gula aising
1 cawan susu tepung
minyak sapi secukupnya
ceri hijau dan merah untuk hiasan


Satukan tepung gandum, tepung susu dan gula aising bersama minyak sapi.
Adun sehingga menjadi doh. Sapu loyang dengan minyak sapi dan ambil sedikit doh..bulat2kan.
Susun ke dalam loyang dan taruk ceri. Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit..

Cornflakes Madu

250 gm butter
100 gm gula aising
4 sudu besar madu
4 sudu besar milo
400gm cornflake

Satukan kesemua bahan didalam kuali kecuali cornflake.
Kacau dengan api pelahan sehingga butter cair dan semua bahan sebati.
Masukkan cornflake, kacau sehingga rata dan tutup api.
Cepat2 isi dalam paper cup dan susun di dalam loyang dan bakar selama 5 minit di dalam oven.

Biskut Dahlia

250 gm butter
1 cawan gula aising
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung gandum
2 cawan tepung kastad
2 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

Pukul butter + gula aising sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila dan pukul lagi.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang lembut.
Terap menggunakan acuan bunga dahlia. Susun di dalam loyang yang telah di sapu butter.
Bakat selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.

Biskut Telur Rebus

5 biji telur di rebus ( ambil kuning sahaja )
2 cawan gula halus
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung jagung maizena
1 cawan tepung kastad
2 cawan planta
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur ( di kocok - sapu di atas biskut )
badam hiris secukupnya untuk hiasan


Pukul planta + gula aising sehingga sebati. Masukkan esen dan kuning telur yang telah di lecek.
Pukul lagi. Masukkan kesemua tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
Canai dan terap dengan acuan yang di gemari. Susun di dalam loyang yang telah di sapu planta.
Sapu telur dan hias dengan badam hiris. Bakar selama 15 - 20 minit pada suhu 180'C sehingga masak.

Begin Cookies

( resipi yang mama beli..dan mama ubah kepada cara sukatan yang mudah )

280 gm butter
1 cawan gula aising ( resipi asal guna gula caster )
2 biji kuning telur
2 sudu kecil esen vanila
4 sudu kecil esen hijau ( perwarna hijau )
1 cawan tepung jagung
1 cawan coklat rice ( untuk hiasan )
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kentang ( tepung ubi pun bolih )
1 biji kuning telur ( sapu di atas biskut )


Pukul butter + gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur, esen vanila dan esen hijau dan pukul lagi.
Masukkan kesemua bahan2 dan uli sehingga mejadi doh.
Canai dan terap dengan acuan yang di sukai.
Susun di dalam loyang yang telah di sapu butter.
Sapu kuning telur diatas biskut dan tabur coklat rice.
Bakar pada suhu 180'C selama 15 - 20 minit sehingga masak.

Chocolate Treasure

( sumber internet )

BAHAN2 UNTUK BISKUT

250 gm butter
25 gm susu tepung
65 gm gula caster ( mama suka guna gula aising )
250 gm tepung gandum / tepung biskut / tepung rose
65 gm tepung jagung
50 gm serbuk koko
papercup secukupnya

Butter + gula di pukul sehingga sebati.
Masukkan kesemua bahan dan uli sehingga menjadi doh.
Bulatkan seperti guli dan tekan kedalam papercup.
Bakar selama 15 - 20 minit atau sehingga masak.


BAHAN UNTUK TOPPING

2 cawan cornflakes
500 gm coklat putih
50 gm badam cincang ( sangai )
50 gm golden raisin ( buah2an campuran pun bolih )
coklat masakan untuk drizzle ( lorek2 atas topping )

Cairkan coklat putih dengan cara double boiler.
Biarkan suam2 kuku baru masukkan cornflake, badam cincang dan buah2an campuran.
( kalau masa panas, cornflakes akan lemau ( lembik ).
Gaul sehingga coklat menyaluti kesemua bahan2.
Pastikan cornflake tidak terlalu banyak nanti tak melekat.
Letak diatas biskut tadi. Cairkan coklat masakan dan drizzle di atas topping.
Sejukkan.

Biskut Coklat Chip Rangup

( sumber internet )

BAHAN2 A

125 gm butter
125 gm planta
1 sudu besar shortening ( lemak sayur )
160 gm gula halus ( mama suka gula aising )
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

BAHAN2 B

230 gm tepung gandum
20 gm serbuk koko
100 gm coklat chip
50 gm badam cincang ( di sangai )
50 gm nestum

Satukan butter + planta + gula + lemak sayur pukul sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila pukul lagi.
Masukkan bahan2 B gaul sehingga menjadi doh yang lembut.
Sudukan kedalam loyang yang telah si sapu butter.
Bakat selama 15 - 20 init sehingga masak.
Suhu 180 'C.

Biskut Coklat Chip

( sumber internet..terima kasih )

180 gm butter
90 gm gula caster ( mama suka gula aising )
100 gm gula perang
1 sudu kecil esen vanila
2 biji kuning telur
200 gm tepung naik sendiri
160 gm tepung gandum
1 sudu kecil soda bicabanate
1/4 sudu kecil garam
120 gm badam cincang ( di sangai )
100 gm coklat chip


Pukul butter + kedua2 gula sehingga sebati.
Masukkan kuning telur dan esen vanila juga garam pukul lagi.
Masukkan kesemua bahan2 dan adun sehingga menjadi doh.
Sudukan kedalam loyang yang telah di sapu butter.
Bakar selama 15 - 20 minit sehingga masak pada suhu 180' C

Bahulu Cermai

10 biji telur

600 gm tepung gandum ( di jemur )

300 gm gula pasir

2 sudu kecil esen vanila

sedikit minyak untuk sapu pada acuan



Pukul telur + gula + esen sehingga gula benar2 hancur, naik dan pekat.

Ambik anggaran semangkuk adunan telur tadi dan masukkan sedikit tepung.

Kacau rata dan pastikan adunan tidak terlalu keras.Lembut macam adunan kek.

Sapu minyak pada acuan dan panaskan di atas bara api.

Apabila dah cukup panas tuangkan adunan kedalam acuan.

Jangan terlalu penuh. Tutup dengan bara di atas penutup acuan.

Bakar sehingga kekuningan baru di keluarkan dengan menggunakan lidi.



PERINGATAN: Untuk memastikan adunan tidak terlalu keras, bakar sebiji dua dulu.

Apam Pisang Mudah


apam pisang yang mudah nak di sediakan..


ni lah buah tangan dari kampung..tiga sisir besar pisang ni dah cukup berat untuk di bawa balik ke tioman..tapi di sebabkan mak ayah pun nak pergi ke kuantan terpaksa lah kami bawa balik juga..sayang pulak nak di biarkan saja..

3 biji pisang embun ( montel )

2 cawan tepung gandum

1/2 cawan gula

1 cawan air / santan

1 sudu kecil soda bicabanate





Lecek pisang sehingga lumat. Satukan kesemua bahan2.

Sapu acuan / loyang 20 cm dengan sedikit minyak masak.

Tuang adunan dan tutup dengan aluminium foil.

Panaskan kukusan. Kukus selama 20 minit atau sehingga masak.

Jemput - Jemput Kurma

2 1/2 cawan tepung gandum
250 gm kurma ( di hiris memanjang )
2 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil soda bicabanate
1 1/2 sudu kecil garam ( sudu KFC )
2 cawan air
1 biji telur
Minyak secukupnya untuk mengoreng


Tepung di ayak bersama soda bicabanate. Masukkan semua bahan2 kedalam mangkuk. Sambil mengacau di tekan2 kurma separuh hancur. Panaskan minyak. Goreng seperti membuat jemput2 biasa.

Kek Pisang 2

5 biji pisang berangan
2 sudu besar susu pekat mains ( tak suka susu bolih abaikan )
1 sudu besar air limau nipis ( bahan pengawet )
2 1/2 cawan tepung gandum
1 1/4 cawan gula caster
1 1/4 cawan planta ( mama guna planta pelangi- felda )
1 sudu kecil esen pisang
5 biji telur
1 sudu kecil soda bicabanate
1/2 sudu kecil baking powder

Panaskan oven terlebih dahulu pada suhu 150'C
Pisang di lecek jangan terlalu hancur. Masukan jus limau nipis dan esen pisang. Ketepikan.
Dalam mangkuk lain pukul planta + gula sehingga sebati. Kelajuan mixer tinggi. Kemudian masukan telur sebiji-sebiji. Masukkan susu pekat manis, pukul lagi. Dengan kelajuan mixer paling pelahan masukkan pisang dan tepung sedikit demi sedikit. Tutup mixer. Dengan menggunakan senduk, gaul sehingga rata tepung2 yang belum sebati tadi. Alas acuan berukuran 26 cm dengan kertas minyak. Tuang adunan kedalam loyang dan bakar selama 1 jam 15 minit.

Mee Rebus


200 gm daging ( di rebus dan di hiris nipis )
1 cawan udang kering ( di blend )
1 cawan udang geragau kering ( di blend ) ( udang buat belacan )
1 cawan udang hidup ( di blend )
1 botol kecil taucu ( di blend ) ( mama guna cap yeo's )
1 kg kentang ( di rebus dan di blend )
2 labu bawang besar ( blend )
5 ulas bawang putih ( blend )
1 inci halia ( blend )
2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
10 cawan santan ( 1 biji kelapa )
5 sudu kecil garam ( taruk sedikit demi sedikit )
2 sudu besar gula pasir
1 keping gula kerek
2 ketul kiub ayam (knorr )
2 paket rempah kari daging ( adabi )
2 1/2 kilo mee kuning
2 cawan kacang tanah ( di sangai -blend )
1/2 cawan minyak untuk menumis

HIASAN

Telur rebus, bawang goreng tauhu goreng ( di hiris nipis ) dan daun sup/bawang ( di mayang )


Panaskan minyak dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia yand telah di blend. Masukkan rempah kari yang telah di bancuh dengan 1 cawan air. Masak sehingga pecah minyak. Masukkan santan semua bahan2 yang telah di blend dan semua bahan2 lain. Masak sehingga mendidih.

Mee di celur. Ambil sedikit dan isi ke dalam mangkuk dan masukkan bahan2 hiasan, tuang kuahnya..siap untuk di makan.

Tauhu Sumbat Kuah Kacang


UNTUK KUAH

1 cawan kacang tanah ( di sangai- di blend halus )

3 cawan air

1 batang serai ( di titik )

2 1/2 sudu besar gula

1 sudu kecil garam

1/4 cawan minyak masak

1/2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )

3 ulas bawang merah ( di tumbuk )



Panaskan 1/4 cawan minyak. Tumis serai dan bawang merah. Bila dah wangi masukkan air dan kacang tanah dan semua bahan. Biarkan sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat.

TAUHU

10 keping tauhu ( di potong 2 menyerong )

1 cawan minyak untuk mengoreng

HIASAN

Timun ( di buang empulur dan dihiris memanjang )

Karet ( hiris sedikit tebal dan potong memanjang )

Sengkuang ( di hiris sedikit tebal di potong memanjang )

taugeh



Panaskan minyak dan goreng tauhu, sekadar berwarna kekuningan. Jasngan terlalu garing nanti rasanya keras. Sejukkan. Belah di bahagian tengahnya dan isi bahan2 hiasan. Siap di hidang dengan kuah kacang.

Ikan Tumis Sempoi

2 keping ikan tenggiri ( apa2 ikan pun bolih )
2 cawan air
1/2 cawan kicap manis ( mama guna cap kipas udang )
1 1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
3 keping asam keping ( asam gelugur )
2 sudu besar bawang besar ( siap di kisar )
1/2 sudu besar cili boh ( ikut kepedasan )
1/4 cawan minyak untuk menumis
3 batang serai
5 helai daun limau purut
3 pelepah daun sup ( di hiris kasar )


Panaskan minyak. Kemudian tumis bawang besar dan serai.
Bila dah garing masukkan air dan semua bahan. Biarkan sehingga mendidih. Siap.

Kek Belang


6 biji telur

2 1/2 cawan tepung gandum/ tepung superfine

1 sudu besar baking powder

1 1/2 cawan planta ( mama guna planta pelangi- felda )

1 1/2 cawan gula caster

2 sudu besar susu pekat manis

1/2 cawan susu segar ( jika ada )

1 sudu kecil esen vanila

1 sudu besar milo

1 sudu besar serbuk koko

secubit garam





Panaskan oven pada suhu 150'C.

Ayak tepung bersama baking powder dan ketepikan.

Dengan kelajuan mixer paling tinggi pukul planta + gula caster sehingga sebati.

Masukkan telur satu persatu. Pukul sehingga kembang.

Masukkan susu pekat manis, esen vanila, secubit garam dan susu segar. Pukul lagi.

Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan kelajuan pemukul yang paling rendah. Tutup mixer.

Gaul rata adunan dengan menggunakan senduk kayu.

Bahagi adunan kepada dua bahagian.

Adunan satu masukkan sedikit pewarna kuning.

Dan adunan yang kedua masukan serbuk koko dan milo.

Alas acuan 24 cm dengan kertas minyak.

Dengan menggunakan sudu makan,ambik 2 sudu makan adunan berwarna kuning letak di tengah2 loyang dan di susuli dengan adunan berwarna koko.

Buat sehingga habis. Jangan di kacau cukup sekadar mengoyang2 acuan untuk meratakan adunan.

Bakar selama 1 jam 15 minit atau sehingga masak.

Inti Kelapa


1 biji kelapa parut mudang ( separuh tua )
1 1/2 cawan air gula merah ( di ambil dari 1/2 kg gula merah + 2 cawan air di masak )
1/2 cawan gula pasir
1 helai daun pandan

Masukkan air gula merah + gula pasir ke dalam kuali kemudian masak sehingga berbuih. Masukkan kelapa serta daun pandan dan kacau rata sehingga air gula kering tetapi inti nampak lembap. Siap untuk di gunakan untuk buat inti pau atau kuih ketayap dan sebagainya.

Inti Kacang Merah


500 gm kacang merah
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
1 helai daun pandan
1/2 cawan minyak masak


Kacang merah di rebus sehingga empok. Mama guna pressure cooker sebab kacang merah memang lambat empok. Tapis air yang berlebihan dan masak sehingga airnya benar2 kering. Setelah itu masukkan semua bahan dan masak sehingga kental. ( senang untuk di bulat2kan sebagai inti pau dan bolih juga bagi membuat kuih lapis kacang merah. )

Pau Cara Mama


inilah pau mama yang dah siap di kukus


rendam sebentar yis bersama garam, gula dan air suam


satukan tepung dan planta serta susu


gaul rata sehingga menjadi seperti serbuk roti


uli dan masukkan minyak masak


hempas sebanyak 41 kali


ambil sedikit adunan dan isi inti


susun di dalam loyang


angkat dan susun di atas surat khabar

3 cawan tepung gandum
1 cawan air suam
1 sudu besar planta
1 sudu besar susu pekat manis
1 sudu besar minyak masak
1/4 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
2 sudu kecil mauripan
plastik / daun pisang untuk alas pau


Satukan gula + garam + air suam + mauripan kacau dan biarkan sehingga mauripan mengembang.
Dalam mangkuk masukkan tepung + planta + susu pekat manis, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti.
Masukkan mauripan dan uli dengan lembut sehingga menjadi doh. Kemudian masukkan minyak masak dan uli sehingga minyak sebati. Hempas doh tersebut sebanyak 41 kali. Doh sudah mula lembut dan biarkan sebentar, tutup dengan tuala lembap atau dengan surat khabar pun bolih. Sementara itu siapkan pelapik pau sama ada daun pisang atau plastik yang di potong 2" x 2".
Ambil sedikit adunan isi inti kacang merah atau inti kelapa. Susun dalam loyang. Buat sehingga habis. Panaskan kukusan. Bila air dah mendidih, kukus pau selama 5 - 6 minit. Angkat loyang pau dengan penutupnya sekali ke bawah, baru bolih buka penutupnya ( kalau buka penutup kukusan diatas dapur bolih menyebabkan pau akan menjadi mengerutu pada permukaanya ). Susun pau di atas surat khabar.
Siap.

Pengat Pisang Nangka


5 biji pisang nangka
4 cawan santan ( dari 1 biji kelapa )
1/2 cawan gula pasir
1/4 cawan sagu biji kecil
3 keping gula kerek ( gherek )
3 helai daun pandan
1/2 sudu kecil garam


Pisang di potong bulat menyerong. Daun pandan di siat2 kemudian di simpul.
Masukkan semua bahan2 kedalam periuk dan masak dengan api pelahan. Kacau sekali sekala sehingga pisang agak lembut. Siap.

Petis Hati


300 gm hati lembu
300 gm limpa
2 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan putih
2 sudu besar gula pasir
3 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas ( di ketuk-ketuk )
2 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 sudu kecil garam
1 keping gula kerek
1/2 cawan air asam jawa
2 cawan air
1/2 cawan kicap manis ( mama guna cap kipas udang )
1/2 cawan minyak masak untuk menumis
sedikit belacan ( jika suka )
10 biji lada besar hijau di belah dua untuk hiasan


Limpa dan hati di potong kecil2.Ketumbar dan jintan putih di sangai dan di kisar halus. Bawang besar, bawang putih, serai, halia, cili kering dan belacan di kisar halus. Panaskan 1/2 cawan inyak dan tumis bahan2 yang di kisar termasuk ketumbar dan jintan putih sehingga wangi dan pecah minyak. Kemudian masukkan limpa dan hati dan semua bahan, masak sehingga agak pekat kuahnya. Masukkan cili hijau, kacau rata dan tutup api.

Puding Kastad Berkuah


BAHAN-BAHAN UNTUK KUAH

1 tin buah2an campuran
1 tin sedang nenas kuib
1 tin susu cair
1 tin susu cair air
1 cawan gula
1 sudu besar tepung kastad


BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING


1 cawan tepung kastad
5 1/2 cawan air
1/2 tin jagung krim
1/2 sudu kecil garam
1 sudu besar gula


Satukan bahan2 untuk membuat kuah dan masak sehingga mendidih. Sejukkan.

Satukan bahan2 untuk membuat puding di dalam kuali dan kacau selama 1/2 jam sehingga pekat dan berkilat. Masukkan ke dalam acuan kecil.

Isi puding ke dalam mangkuk kecil, tuang kuahnya...dinginkan di dalam peti

Kuih Kasturi


1/2 kilo kacang hijau
11 cawan air
1 1/2 cawan gula pasir
1 keping gula kerek
1/2 biji kelapa parut putih ( kelapa mudang )
2 sudu besar tepung gandum


1 cawan tepung beras
1 cawan air
1 sudu kecil garam ( sudu KFC )
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil air kapor makan
minyak secukupnya untuk mengoreng


Rebus kacang hijau dengan 11 cawan air sampai kacang empuk dan airnya benar2 kering.
Masukkan gula dan gula kerek, adunan akan cair semula. Kacau lagi sehingga kental.
Masukkan kelapa dan tepung gandum. Gaul rata dan sejukkan. Bulat2kan kecil-kecil dan tekan sederhana leper.

Bancuh tepung beras, garam, serbuk kunyit, air kapur dan air. Kacau sebati. Panaskan minyak dan celup adunan kacang yang telah dibentuk tadi. Goreng sehingga nampak kulitnya garing. Siap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails