Followers
Saturday, October 22, 2011
Ikan Celup Tepung
Petang2 gini dah le dingin dek hujan sepanjang hari..
meh kita ratah ikan celup tepung panas2 cicah pulak dengan sos cili thai..mabeles
10 ekor ikan kembung
1 1/2 cawan tepung beras
1 cawan tepung jagung
1 cawan air sejuk ( dari peti sejuk )
1 sudu besar tepung kastad
1 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk pasti sedap knorr
1/2 sudu kecil baking powder
1 1/2 sudu kecil gula
sedikit ajinomoto ( jika suka )
minyak secukupnya untuk mengoreng
Ikan yang telah di bersihkan di kelar satu garisan di badannya.
Satukan kesemua bahan2 kedalam mangkuk yang sesuai kecuali ikan.
Kacau sehingga sebati.
Panaskan minyak, celup ikan kedalam adunan tadi dan goreng sehingga masak.
Cicah dengan sos cili thai atau sos keropok pun sedap..
Labels:
ikan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment