Followers

Thursday, January 5, 2012

Kuih Talam Kacang Hijau


( sumbar inspirasi dari blog yatie http://yatiememories.blogspot.com/ )
Bahagian Bawah
3 cawan santan cair + secubit garam
1 cawan gula
1 cawan tepung beras
1 cawan kacang hijau ( siap di rebus dan di kisar separuh halus )
2 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil pewarna hiaju
Panaskan kukusan terlebih dahulu.
Satukan kesemua bahan kecuali kacang hijau dan tapis.
Masukkan kacang hijau dan kacau sebati.
Tuang adunan kedalam loyang berukuran 26 cm.
Kukus selama 30 minit.
10 minit pertama buka kukusan dan kacau sedikit di bahagian atas kuih.
Supaya tidak ada air bertakung di bahagian atasnya.
Bahagian Atas
3 cawan santan pekat ( 1 biji kelapa )
1 cawan tepung beras
1 1/4 sudu kecil garam
Satukan kesemua bahan2 dan kacau di dalam kuali sebentar sehingga sedikit pekat.
Tuang keatas adunan bahagian bawah tadi.Kukus lagi selama 25 minit.
Buka kukusan dan biar wap di atas permukaan kuih kering.
Tutup api dan sejukkan.

2 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails