Followers

Monday, May 2, 2011

Spaghetti Bolognese



500 gm spaghetti ( 1 paket )
...500 gm daging lembu cincang
200 ml susu cair / segar
3 labu kecil bawang besar ( potong dadu )
5 ulas bawang putih ( di cincang )
1 tin besar tomato puri
1 tin cendawan butang 9 di hiris nipis )
1 kuib ayam knorr
1 sudu kecil oregano
1 sudu kecil daun pasley kering
3 sudu besar minyak zaiton ( mama guna minyak biasa je )
2 sudu besar butter
1 3/4 sudu kecil garam
3 sudu besar gula
2 tin air ( tin tomato puri )

Panaskan 2 liter air mendidih.Masukkan spaghetti dan rebus sehingga lembut. Masukkan 1 sudu kecil minyak zaiton. Gaul rata dan toskan di bawah air paip. Sejukkan.

Panaskan 3 sudu besar minyak bersama butter. Bila butter dah berbiuh masukkan bawang putih. Kacau sebentar sehingga wangi. Masukkan pula bawang besar dan masak sehingga bawang layu. Masukkan daging, masak sehingga daging keperangan dan masukkan pula susu. Bila susu dah sekata dengan daging masukkan pula tomato puri dan masukkan 2 tin air.

Masukkan garam, gula, kuib ayam serta oregano dan daun pasley. Kacau sampai mendidih. Kecilkan api dan biarkan mereneh sehingga sos pekat. Siap.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails