KEK BISKUT KUKUS ASAM MANIS
( Resipi yang lebih dari 10 tahun dulu..punca dari sebuah majalah yang dah lupa namanya dan tiada lagi di pasaran.
Resipi olih Nechik Husin..)
2 cawan biskut tawar lemak yang telah di kisar halus ( resipi asal guna biskut lutut )
250 gm butter bergaram ( mama guna buttercup - guna butter berjenama lagi sedap )
6 biji telur ( asingkan kuning dan putihnya )
3/4 cawan gula caster
3/4 cawan susu pekat manis
1 sudu kecil esen vanila
1 sudu kecil baking powder
2 paket besar asam manis ( 1 paket ada 10 bungkus )
Pukul putih telur sehingga pekat dan tidak jatuh bila di terbalikan bekasnya..
Dalam mangkuk lain pukul gula bersama butter sehingga kembang.
Masukkan kuning telur sebiji2 samabil terus memutar mixer sehingga habis.
Masukkan susu pekat manis dan esen vanila dan pukul sebati.
Masukkan serbuk biskut yang telah di gaul bersama baking powder.
Pukul dengan speed pelahan sehingga sebati.
Masukkan putih telur dan pukul sehingga sebati.
Bahagi adunan kepada dua bahagian.
Satu warnakan merah dan satu lagi warnakan kuning.
Panaskan kukusan terlebih dahulu sehingga airnya mendidih.
Mama alas je loyang 4 segi dengan kertas minyak.
Masukkan sedikit adunan berwarna merah dan ratakan dan susun asam manis ( ikut suka je )
Tutup acuan dengan aluminium foil.
Kukus sehingga masak. Angkat dan isi pula sedikit adunan berwarna kuning dan atur asam manis.
Kukus lagi dan buat seperti di atas sehingga habis adunan.
Akhir sekali kukus selama 1 jam..sejukkan sebelum di potong..
salam ziarah
ReplyDeleteoooo kamu kat kg tekek ek..wah nanti kalau nak gi pulau tioman nak gi situ pulaklah..
nanti bolehlah bagi info tpt tidur kat situ yer
ahah..tapikan kakina..kami dah nak bertukar ke bentong pada akhir sept ni...tak sempat le nak berjumpa..
Delete