Followers
Saturday, March 19, 2011
Puding Jagung
Sempat pulak mencuba resipi puding jagung si F&N kat Myresipi.com..
1 tin jagung krim
1 tin susu cair
3 /4 cawan gula ( ikut kemanisan sendiri )
3 cawan air
1 cawan tepung kastad
Satukan kesemua bahan2 kedalam kuali dan kacau sehingga pekat dan berkilat.
Lebih kurang 15 - 20 minit. Masukkan kedalam acuan yang di sukai.
Sejukkan di dalam peti sejuk..
Dugaanku..
Apa yang mama agak sebabnya dek kemungkinan ubat yang mama ambil tidak sesuai..
keadaan menjadi tidak selesa untuk makan dan minum..dan sekarang sedang berusaha untuk pulih seperti sedia kala..mungkin mengambil masa juga..
Thursday, March 10, 2011
Tat Nenas Gulung
Bahan-bahan ( Anggaran 85 biji )
- 250 gm butter
- 50 gm ( 1/2 cawan ) gula aising
- 1 sudu teh esen vanila
- 100 gm ( 1 cawan ) tepong kastad
- 1 biji kuning telor
- 375 gm ( 3 1/2 cawan ) tepong gandum
- 1 biji telor ( pukul + sedikit esen kuning utk di sapu di atas biskut )
Cara-cara
- Pukul butter dengan gula sehingga sebati kemudian masukan telor dan esen vanila dan pukul lagi sehingga sebati.
- Masukan kedua2 tepong, uli sehingga menjadi doh yang lembut. Kalau terkeras tambah sedikit lagi butter dan kalau terlembik tambah sedikit tepong gandum.
- Sediakan papan pencanai, terap adunan dengan menggunakan acuan tat gulug. Bahagian bunganya hendaklah berada di bahagian bawah.
- Tekan memanjang. Potong mengikut panjang yang di kehendaki. Isi sedikit inti kemudian gulung.
- Dah siap semua, sapu kuning telor di atasnya dan bakar selama 15-20 minit atau sehingga masak..kepanasan oven 180' C
Tat Apple Hijau
Bahan-bahan ( Anggaran 100 biji )
- 250 gm butter
- 1 cawan gula aising
- 2 biji kuning telor
- 3 cawan tepung gandum
- 1 sudu kecil baking powder
- Jem nenas / kismis untuk di buat inti
- Kuning telor untuk di sapu diatas biskut
- Bunga cengkeh secukupnya untuk di buat tangkai
- Sedikit pewarna hijau
Cara-cara
- Pukul butter dengan gula aising berserta kuning telor sehingga sebati.
- Masukkan tepung yang telah di ayak bersama baking powder serta pewarna hijau.
- Uli sehingga menjadi doh. Ambil sedikit adunan, leperkan dan isi inti jem / kismis bulat2kan. Sapu kuning telor di atas biskut dan letak bunga cengkeh sebagai tangkai.
- Bakar pada suhu 180'C sehingga masak.
Biskut Mentega Kacang
Bahan-bahan ( Hampir 100 biji )
- 250 gm mentega
- 2 biji kuning telor
- 1 cawan gula halus
- 2 cawan mentega kacang
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung kastad
- 1 sudu kecil esen vanila
- Kismis secukupnya untuk inti
Cara-cara
- Pukul mentega bersama gula halus sehingga sebati.
- Masukkan pula kuning telor, esen vanila dan mentega kacang dan pukul lagi sehingga rata.
- Masukkan pula tepung kastad dan tepung gandum dan uli sehingga menjadi doh. Jika adunan masih melekat di tangan, masukkan sedikit lagi tepung gandum.
- Sapu acuan dengan mentega, masukkan kismis dan isi sedikit adunan dan tekan sedikit. Buat sehingga habis.
- Bakar pada suhu oven 180'C selama 20 minit atau sehingga masak..adunan nampak sudah renggang dari acuan..
Wednesday, March 9, 2011
Puding Buah Prune
Bahan-bahan ( sekeluarga )
- 2 paket agar ( 60 gm )
- 1 tin susu cair
- 8 cawan air ( 1500 ml )
- 4 biji telor
- 1 paket prune tanpa biji ( 227 gm - 8 oz )
- 1 1/2 cawan gula
Cara-cara
- Agar-agar di masak dengan 8 cawan air sehingga hancur.
- Kemudian tapis agar-agar kedalam periok lain.
- Masukan gula kedalam agar2 tadi dan dipanaskan semula sehingga gula larut.
- Blend susu cair, telor dan buah prune sehingga hancur. Kalau nak ada rasa buah prune tu, tak payah terlalu hancur..
- Tuang adunan tersebut kedalam periok agar2 tadi.
- Masak lagi sehingga mendidih dengan senantiasa mengacau pelahan-lahan..
- Bila dah mendidih, tutup api. Tuang adunan kedalam acuan..sejukkan..
Kaswi Tepung Hoen Kwe
Bahan-bahan ( Loyang 30 cm )
- 3 1/2 cawan tepong gandum
- 1 cawan tepong hoenkwe ( 1 bungkus 100 gm )
- 5 1/2 cawan air
- 2 cawan air gula merah ( 1/2 kilo gula merah +2 cawan air di masak)
- 1 cawan gula pasir
- 3 sudu makan air kapor ( tak perlu terlalu pekat, sedang2 aje..)
- 1 biji telor
- 1 biji kelapa parut putih
- 1 1/2 sudu kecil garam
Cara-cara
- Panaskan air kukusan terlebih dahulu.
- Bancuh semua bahan-bahan, tapis kedalam acuan.
- Kukus selama 1 jam. Buka penutup selama 10 minit..bagi megeringkan air di bahagian permukaan kuih..
- Sejukan..potong dan gaul dengan kelapa..siapp..
Tuesday, March 8, 2011
Sambal Hati Ayam
5 ketul hati ayam ( di potong dan di bersihkan )*
1 sudu kecil garam *
1 sudu kecil serbuk kunyit *
2 sudu besar pes bawang kisar ( bawang besar + bawang putih dan halia )
1/2 sudu besar cili boh ( ikut keopedasan )
1/2 sudu kecil lada hitam ( pilihan )
2 sudu besar kicap manis ( cap kipas udang )
1 labu bawang besar ( di potong bulat - hiasan )
1/2 sudu kecil garam ( rasa dulu baru taruk sbb kat hati tadi dah taruk garam )
1 sudu kecil gula
3 batang serai ( di titik )
1/2 cawan minyak masak
Gaul bertanda * di dalam penapis santan supaya airnya tos dan proses mengoreng ianya tidak meletup2.
Panaskan minyak dan goreng hati ayam sehingga masak. Jangan terlalu garing..tak sedap, hati jadi keras.
Bila dah masak, masukkan terus bahan2 bumbu yang lain kecuali bawang hiris dan garam.
Gaul sebati sehingga bumbu masak kemudian rasa garamnya jika perlu ditambah kerana tadi dah masukkan garam pada hati ayam.
Masukkan bawang hiris, kacau balik sekejap dan tutup api. Siap.
Monday, March 7, 2011
Kek Coklat Cawan Gebusss
BAHAN A
2 cawan tepung naik sendiri
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bicabanate
BAHAN B
5 biji telur
1 1/2 cawan gula caster
1 1/2 cawan planta
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu pekat manis
Satukan bahan2 A dan di ayak. Ketepikan.
Pukul gula + planta sehingga sebati. Masukkan telur satu per satu sambil terus di pukul.
Kaupkan adunan yang melekat di tepi mangkuk ke dalam mangkuk.
Masukkan esen vanila dan susu dan puul lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit dengan kelajuan paling pelahan mixer.
Tutup mixer dan gaul tepung pelahan2 dengan senduk kayu sehingga sebati.
Secara kaup balik. Panaskan oven pada suhu 180'C.
Masukkan adunan kedalam 3/4 mangkuk kertas ( papercup )
Bakar selama 30 minit atau sehingga masak.
Kuih Keramat
( beberapa kali mencuba dan terus mencuba untuk mendapatkan rasa yang amat mama sukai..)
BAHAN A
5 cawan tepung roti ( tepung gandum pun bolih )
1 cawan gula caster
1/2 cawan susu tepung
1 sudu besar planta
1 biji telur
BAHAN B
2 cawan air suam *
1 sudu kecil garam *
2 sudu kecil gula *
11 gm mauripan ( 1 paket ) *
Satukan kesemua bahan2 ini dan biarkan yis mengembang.
BAHAN C
1 1/2 cawan tepung gandum
minyak secukupnya untuk mengoreng
Satukan bahan2 A dan gaul sehingga rata. Masukkan bahan2 B dan uli pelahan sehingga menjadi doh yang melekat di tangan.
Masukkan satu cawan tepung gandum dan uli sehingga sebati.
Akhir sekali masukkan lagi setengah cawan tepung dan gaul rata supaya adunan tidak melekat di tangan.
Perap adunan selama 1 jam.
Sapu sedikit tepung di tangan.
Ambil sedikit adunan dan bulat2kan kemudian gentel memanjang.
Buat sehingga habis adunan.
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana besar sehingga perang.